Friday 10 February 2012

Karya Arkitek | Kewujudan Rumah Belon 'UP' [ 11 Gambar ]


UP. Nama bagi sebuah filem animasi pengembaraan yang mengagumkan. Disertai unsur-unsur sayu menyayat hati serta pengembaraan lucu mencuit hati, filem ini amat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. 

Bermulanya kisah pengembaraan seorang pakcik yang berusia 78 tahun, Carl Fredricksen ; yang telah kematian isterinya dan tidak mempunyai seorang anak tanda pengikat kasih sayang antara mereka. Dia dan isterinya suatu ketika dahulu pernah bercita-cita untuk mendirikan rumah berhampiran 'Air Terjun Syurga'. Malangnya, isteri pakcik Fredricksen tidak sempat mencapai impiannya dan ini membuatkan Encik Pakcik berazam untuk melunaskan impian gemulah isterinya yang tercinta. Penampilan budak pengakap montel comel bernama Russell menambahkan lagi kehappyan jalan cerita ini. Sangat best. Korang tengok la sendiri.


Rentetan itu, pihak National Geography telah melancarkan satu projek 'How Hard Can It Be' iaitu dengan mencipta rumah belon pakcik Fredricksen menjadi realiti. Lebih kurang 400 biji belon yang diisi gas Helium digunakan untuk menerbangkan rumah tersebut. Saksikan..











Menarik  kan ? Bagi sesiapa yang tak pernah tengok lagi cerita ni, download la cepat-cepat. Kalau tak boleh nak download, beli la cd dia. Tapi, kalau tak silap aku, cerita ni pernah ditayangkan kat Astro Ceria dan siap ada versi Bahasa Melayu lagi. Hehe. Sebarang persoalan tentang cerita ataupun gambar.. bolehlah diajukan terus kepada aku. Zass..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...