Monday 30 July 2012

Karya Sayu | Apakah Telah Hilang Belas Ehsan di China?

Tahukah anda apakah bendalah yang berduri yang dibina di bawah jamabatan di negara China ini? Ya. Inilah konkrit-konkrit berduri tajam yang dibina oleh kerajaan China bagi menyelesaikan masalah penduduk yang menjadikan bawah jambatan sebagai tempat berteduh mereka. Hampir 1.4 bilion penduduk di negara China tidak mempunyai tempat tinggal dan menjadikan jambatan sebagai 'kediaman rasmi' mereka. Dengan tercetusnya idea 'kreatif' dan 'kritis' ini, kerajaan berharap agar penduduk jalanan mulai insaf dan tidak tidur di bawah jambatan lagi. Namun, satu persoalan yang memerlukan jawapan segera timbul.. Di manakah mereka akan tinggal? Entah..  

Karya Sayu | Kanak-Kanak Berkakikan Tangan

Berat mata kita memandang berat lagi bahu dia menanggung beban. Kanak-kanak yang bernama Yu Yu ini tidak boleh berselipar disebabkan kakinya berbentuk seakan tangan manusia.

Wednesday 25 July 2012

Karya Kreatif | Permaidani Hijau

Sekiranya Hollywood terkenal dengan permaidani merahnya : Red Carpet :maka Malaysia pula terkenal dengan permaidani birunya : Blue Carpet : tajaan Celcom ketika anugerah festival filem negara baru-baru ini. Akan tetapi, kelainan tercipta di sebuah perkampungan lama Jaujac yang berlokasi di Perancis Selatan. Green Carpet diperkenalkan di sini. Seumpama laluan pejalan kaki di raja yang 'hidup', ia dihamparkan sepanjang denai perkampungan tersebut. Ia membuatkan serinya semakin bertambah. Perkampungan yang terletak di pinggir sungai Lignon dan mempunyai tembok batu itu merupakan bandar seni Perancis dan pelopor program denai semula jadi.

Karya Kreatif | Jambatan Lego

Kegilaan LEGO di Eropah boleh diibaratkan seperti kegilaan rakyat Malaysia kepada durian. HOho !! Itulah yang terjadi di Jerman apabila sebuah jambatan konkrit : yang juga merupakan laluan keretapi : ditukar menjadi sebuah jambatan LEGO. '' Gimanain ya dong ditukarkan ia menjadi LEGO ?'' Martin Heuwold, seorang Jermanis telah berusaha menukarkannya dengan mengecat jambatan tersebut ala-ala gambar LEGO. Mengambil masa selama 4 minggu.. Jambatan tersebut akhirnya berjaya ditransformerskan. 

Karya Foto | 'Piramid' Mongolia

Jika negara Mesir terkenal dengan kehebatan penciptaan Piramid-nya, di Mongolia pula.. Sejarah telah terukir dengan pengumpulan patung-patung pahlawan Terra Cotta dan patung Genghis Khan di puncak Gunung Khan. Berlokasi di Holingol, wilayah Utara China, kerja-kerja bagi menyiapakan patung-patung tersebut telah selesai. Kini, kawasan pergunungan itu telah dibuka kepada kunjungan umum.

Monday 23 July 2012

Karya Info | Pohon Separa Merah

Jangan betulkan cermin mata atau screen PC anda. Mata anda memang tidak salah memandang. Sebagaimana diterangkan dalam tajuk di atas.. Pohon Separa Merah.. Fenomena ini berlaku di Ajka, daerah Veszprem, Hungary. Perkara ni dah lama terjadi iaitu  pada tahun 2010 dahulu kala. Tetapi, disebabkan kawan Abang Bisu baru emailkan gambar dan maklumat tentang perihal ini.. Dengan penuh minat Abang Bisu cuba olah untuk kalian sereme.

Karya Kreatif | Kotor Itu Bagus

Siapa yang mengatakan bermain pasir itu akan menyebabkan kekotoran? Saya (^_^). Ya. Memang betul pun. Terdapat pelbagai jenis bakteria dan kuman yang terdapat di dalamnya. Akan tetapi, bermain pasir juga akan mempertingkatkan daya kreativiti berfikir kanak-kanak. Itulah yang cuba dibuktikan oleh artis pasir kritis Korea Selatan, Joo Heng Tan. Beliau menggunakan hampir 18 tan pasir untuk mencipta 'taman permainan' buat kanak-kanak. Ciptaan beliau ini juga sebenarnya bertujuan mempromosikan sabun pencucui OMO, detergen yang mampu menyaingi kuat harimau. HOho!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...